Wednesday, January 4, 2017

Solo Travel Backpackers - London (Day 2)

Day 2 : London
14 Disember 2016

-
Hari kedua di London, bangun awal pagi dan breakfast di Dolphin Inn. Breakfast disediakan dari jam 7.15am hingga 9.15am. Pagi tu masih tak ramai orang lagi, mungkin sebab masih awal. Pilihan menu yang boleh saya makan adalah roti2, swiss roll, cereal. Untuk minuman, ada air jus, coffee dan tea.



- Lepas breakfast, destinasi pertama yang saya plan untuk pergi pada pagi tu adalah Hyde Park. Kalau tengok dari Google Maps, tak jauh sangat pun dari Dolphin Inn ni, dalam 700 meter berjalan kaki. Untuk berjalan pada hari ni, saya tinggalkan backpack yang besar dan bawa beg galas yang kecik sikit untuk saya letak roti, GoPro, kain etc. Musim winter ni waktu siangnya pendek, saya keluar pukul 8.00 pagi pun masih agak gelap lagi.

- Sampai di Hyde Park pagi tu, view memang cantik. Punya la ramai orang jogging kat sana. Bukan kat sana je, rasanya mana2 area London ni memang ada je orang yang jogging. Then ternampak basikal Santander untuk disewa, harga £2.00 untuk access bike selama 24 jam, then untuk ride adalah free for the first 30 minutes. Mulanya agak confused sikit, ingatkan sewa £2.00 untuk 24 jam.. Kalau dapat harga tu, memang saya plan untuk sewa je basikal tu keliling London.. Lepas baca dua tiga kali balik, baru faham yang untuk ride, free untuk 30 minit pertama sahaja.. Then kena bayar lagi £2.00 untuk 30 minit seterusnya.. Ceh.






















- Hyde park ni boleh tahan besar jugak.. Berbaloi jugak naik basikal ni untuk pusing-pusing.. Tak sampai 30 minit kemudian saya pulangkan balik basikal dan berjalan kaki untuk ke next destination iaitu Kensington Palace.

















Solo Travel Backpackers - London (Day 1)

Day 1 : Kuala Lumpur - London.
13 Disember 2016

- Saya book Flight Malaysia Airlines, bertolak dari Kuala Lumpur ke London Heathrow pada jam 9.00am. Harga yang saya dapat beli pada masa tu RM1180 (seminggu sebelum tarikh flight), flight direct ke London. Lepas beli tiket ke London, then baru la saya beli tiket untuk balik dari Istanbul. Untuk harga RM1180, saya tak pasti sama ada harga tu mahal atau pun murah, tapi disebabkan route tu menggunakan Airbus A380 dan direct flight, saya pun terus beli tiket tu.

- Pertama kali saya naik Airbus A380, memang besar. Boleh dikatakan flight 70% penuh pada hari tu. Saya bernasib baik dapat seat yang disebelahnya tiada orang. So ada la ruang lagi besar sikit. Ruang tempat simpan beg pun ada banyak kosong, so tak ada masalah nak letak backpack saya yang besar tu.


MH004 : Malaysia Airlines A380 Kuala Lumpur - London Heahtrow 0900.


 
 - Penerbangan mengambil masa lebih kurang 14 jam dan tiba di London Heathrow airport lebih kurang pukul 5.00pm waktu tempatan. Keseluruhan perjalanan boleh saya katakan selesa. Makan disediakan 2 kali, sekali makan pagi dan juga sebelum nak sampai di London. In flight entertainment yang bagus dan ada macam2 pilihan movie. Sempat saya habiskan 3 movie, kemudian sambung tidur bangun tidur.. Tak ingat berapa kali saya tidur dan bangun balik.



- Flight landing di Terminal 4 Heathrow. Sampai je di airport, terus isi Arrival Card, menuju terus ke Immigration. Nasib baik beratur tak la panjang sangat, proses immigration pun smooth dan lancar. Terus keluar airport untuk cari train ke London Paddington. Sempat saya survey harga local simcard kat airport, tapi rasa macam agak mahal. So decided untuk beli kat area hotel je lepas sampai. Suhu masa tu tak la sejuk sangat macam yang saya expect.
 
Sampai di London Heathrow Airport Terminal 4



- Ada 2 train dari London Heathrow airport ke London Paddington Station.. Boleh naik Heathrow Express (direct terus ke Paddington, harga £22.00 dan ambil masa 15 minit untuk sampai), ataupun gunakan Heathrow Connect (berhenti lebih kurang 6 station sebelum sampai ke Paddington, harga £10.20 dan ambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai). Sama konsep macam KLIA Express atau KLIA Transit la lebih kurang.. Saya beli tiket Heahtrow Connect sebab harga lagi murah dan tak ada benda yang nak dikejar sangat.


- Untuk penginapan di London ni, saya booking di Agoda.. Memang saya cari hostel / hotel yang berada betul2 berhampiran dengan lokasi setiap station. Cari punya cari, saya booking je Dolphin Inn, tengok kat map memang tak jauh dari station. Sampai je London Paddington Station, saya onkan location dan Google Maps, then terus cari lokasi di mana Dolphin Inn ni berada.  Memang besar station Paddington ni. Semua orang rushing je nak jalan sana sini kejar train.





 - Sebelum bertolak ke London, saya dah siap2 download Maps Offline untuk Google Maps. So tak ada masalah la kalau tak ada internet untuk cari location. Tak sampai 10 minit berjalan dari Paddington, saya pun jumpa la Dolphin Inn ni, sampai dalam 6.30pm. Saya book 2 malam total RM360, siap dengan breakfast. Pergi ke kaunter hotel, saya tunjukkan booking di Agoda, dan staf bagi kunci. Bilik saya terletak di basement.


Dolphin Inn

- Masuk bilik, lega jugak la sebab condition lebih kurang sama macam yang dintujuk dalam Agoda. Tak besar , cukup untuk seorang.. Ada TV, WiFi pun ok, Water Heater, Cerek etc. Untuk makan malam tu, saya masak Nasi Beriyani Gam Ayam Sharifah.. Bukan masak pun.. Just panaskan je.. Memang senang.. Just masukkan paket tu ke dalam air panas, then biarkan dalam 5minit.. Siap. Rasa pun boleh tahan.


- Habis makan, saya jalan2 di sekitar Dolphin Inn.. Badan pun still rasa penat.. Jadi tak lama sangat la saya jalan2 malam tu.. Cari kedai jual simcard, survey harga dulu.. Balik bilik saya compare balik harga simcard kat internet and survey jugak tempat yang saya nak pergi esoknya.
































Heathrow Connect : London Heathrow Airport - London Paddington Station
Nasi Beriyani Gam Ayam Sharifah
London Paddington Station.