14 Disember 2016
- Hari kedua di London, bangun awal pagi dan breakfast di Dolphin Inn. Breakfast disediakan dari jam 7.15am hingga 9.15am. Pagi tu masih tak ramai orang lagi, mungkin sebab masih awal. Pilihan menu yang boleh saya makan adalah roti2, swiss roll, cereal. Untuk minuman, ada air jus, coffee dan tea.
- Lepas breakfast, destinasi pertama yang saya plan untuk pergi pada pagi tu adalah Hyde Park. Kalau tengok dari Google Maps, tak jauh sangat pun dari Dolphin Inn ni, dalam 700 meter berjalan kaki. Untuk berjalan pada hari ni, saya tinggalkan backpack yang besar dan bawa beg galas yang kecik sikit untuk saya letak roti, GoPro, kain etc. Musim winter ni waktu siangnya pendek, saya keluar pukul 8.00 pagi pun masih agak gelap lagi.
- Sampai di Hyde Park pagi tu, view memang cantik. Punya la ramai orang jogging kat sana. Bukan kat sana je, rasanya mana2 area London ni memang ada je orang yang jogging. Then ternampak basikal Santander untuk disewa, harga £2.00 untuk access bike selama 24 jam, then untuk ride adalah free for the first 30 minutes. Mulanya agak confused sikit, ingatkan sewa £2.00 untuk 24 jam.. Kalau dapat harga tu, memang saya plan untuk sewa je basikal tu keliling London.. Lepas baca dua tiga kali balik, baru faham yang untuk ride, free untuk 30 minit pertama sahaja.. Then kena bayar lagi £2.00 untuk 30 minit seterusnya.. Ceh.
- Hyde park ni boleh tahan besar jugak.. Berbaloi jugak naik basikal ni untuk pusing-pusing.. Tak sampai 30 minit kemudian saya pulangkan balik basikal dan berjalan kaki untuk ke next destination iaitu Kensington Palace.
No comments:
Post a Comment