Thursday, February 6, 2014

Almeera Homestay, Kundasang

Address: Kg Sinisian Kundasang
Location: Sabah - Ranau
Postcode: 89308
Price: RM 250
Type:Guest House and Homestay
Others: Cooking Allowed, Internet

Assalamualaikum, dan salam sejahtera

Almeera Homestay mempunyai sebuah rumah penginapan yang terletak di Kundasang. Dengan menginap di homestay kami, anda akan dapat bersama-sama keluarga di dalam sebuah rumah seperti berada di rumah sendiri dengan harga yang jauh lebih murah dan menarik berbanding jika anda sekeluarga menginap di hotel. Homestay ini amat sesuai untuk semua keluarga yang inginkan penginapan yang murah, bersih dan selesa semasa bercuti di Kundasang.

Kemudahan

Almeera Homestay sentiasa memastikan Kemudahan yang disediakan sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan terjaga. Kebersihan dan keselesaan adalah keutamaan Almeera Homestay agar setiap penginap akan merasa selesa dan sempurna seperti berada di dalam rumah sendiri.

Almeera Homestay mempunyai ;

a) Tiga (3) buah bilik yang dilengkapi dengan;

-Katil 'double bed queen size '
-almari pakaian dan meja solek.
-Tuala dan sejadah.

b) Sebuah ruang tamu yang selesa.
-Sofa
-TV (Astro)
-Sterika / papan sterika
-Free WiFi internet

c) Ruang dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak ( Halal dan bersih )
-Dapur gas
-Peti ais
-Cerek elektrik
-'Rice cooker'
-'Blender'
-Periuk dan barang-barang dapur yang lain.

d) Tandas yang dilengkapi pemanas air ( Water Heater )
e) Kemudahan tempat BBQ
f) Ruang balkoni yang menjanjikan pemandangan indah
g) Tempat letak kereta ( Lot Parking ) depan rumah

Harga Penginapan : RM250 / malam

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi:

Pn. Amisdah

hp no : 013-8718715
Home : 088-889659

Muka Buku : Almeera homestay

No comments:

Post a Comment