Thursday, February 13, 2014

D` Fatinsz Homestay, Angkasa Apartment



D'Fatinzs Humaira Muslim Homestay ini terletak di Angkasa
Apartment Kota Kinabalu Sabah, merupakan satu
kawasan yang harmoni dan selesa sesuai untuk
keluarga muslim.

Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
D'Fatinzs Humaira Muslim Homestay ini dilengkapi dengan 3
bilik tidur, 2 bilik air dimana ia dilengkapi
dengan katil kelamin queen size 2 unit, 1 divan
double single di bilik ke tiga.Pihak kami juga menyediakan Toto(narita)dan 3 buah bantal secara percuma utk tambahan tempat tidur secara keseluruhannya homestay ini boleh menampung sehingga 12 org dewasa pada satu-satu masa. Kediaman ini
dilengkapi dengan, sofa, meja makan set tv
termasuk DVD player, set kelengkapan dapur seperti
dapur, peti sejuk, cerek, periuk nasi, mesin basuh
dan lain-lain seperti di rumah anda. Manakala
untuk menjamin keselamatan anda menginap rumah ini
dilengkapi dengan gril di pintu utama dan juga di
tingkap untuk mengelakkan sebarang pekara yang
tidak diingini.

Lokasi:
Terletak di sebelah highway kiri Jalan Tuaran
Bypass menghala ke Utara Negeri Sabah iaitu 25
minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu, 15 minit daripada Pusat Bandar Kota
Kinabalu, kawasan yang strategik memudahkan
penghuni untuk menuju ke kawasan pelancongan
seperti ke tamu besar Kota Belud, Rumah terbalik
Tamparuli, Tip of Borneo Kudat,Taman Kinabalu
Kundansang & Ranau yang terkenal dengan Gunung
Kinabalu serta Air Panas Poring, manakala bagi
penghuni yang menggemari laut boleh juga pergi ke
Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang terletak di
Pusat Bandar KK,atau yang datang untuk tujuan
rasmi dialu-alukan kerana homestay ini berhampiran
dengan Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Sabah, DBP, Bangunan Yayasan Sabah, Lembaga
Pelabuhan Sepanggar,Lembaga Pelabuhan Kota
Kinabalu, Akademi Kastam, KKIP, Sabah Medical
Centre Likas manakala bagi keluarga yang ingin
melawat anak atau saudara di pusat pengajian
tinggi kawasan homestay ini boleh dikatakan tempat
persinggahan kerana berhampiran dengan UMS, UiTM,
Politeknik KK dan kolej swasta.

Kemudahan asas:
Komplek perumahan ini disediakan kemudahan
seperti:
Kolam renang
Gym
Badminton court
Jogging track
Children playground
24 hour security
Padang bola
Dewan serbaguna
Personal parking lot

Sekiranya anda berminat untuk menginap di homestay
ini bolehlah menghubungi nombor berikut untuk
membuat tempahan.
Veemie 012-6826548/019-9804848
Harga sebenar RM180 semalam harga Promosi untuk semalam
RM150 bersih

Ads in the shop: 1

2 comments:

  1. D'Fatinzs Humaira Muslim Homestay ini dilengkapi dengan 3
    bilik tidur, 2 bilik air dimana ia dilengkapi
    dengan katil kelamin queen size 2 unit, 1 divan
    double single di bilik ke tiga

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete